Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.
“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”
“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.
Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.
“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”
“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.
Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.
“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.
“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.
Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.
Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.
Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.
Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.
Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.
Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.
Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.
Related posts:

Home
37 Comments
sapa jadi tukang cerita?
Owhh!! Ini hanyalah cerita seram semata-mata.Tapi , mmg betul di lebuhraya karak mmg berhantu.Itu mmg x dapat dinafikan.
yup.lg banyak yg ngeri.hehe
aku rase hantu tu yg kena interview kot. sebab, selain anak-beranak tu, dia jer yg ada kat tempat kejadian..
suspen…tapi sapa yang ceta ek?
Pergh…seramnya…..tapi kalau benar lebuhraya Karak berhantu…ape kisah dia? Aku nak tau jugak
aku nk th kisah mcm mane leh jd lebuhraya karak berhantu…
betul ke lebuhraya Karak berhantu??
ader bukti??
surat khabar aper Z??????
biler Z???????/
klau dah diorang mati, sapa yg cerita kisah ni ek?
Benda yang diorg langgar tu kucing kot..
Mesti kucing tu yang cerita..
betul lebuh karak berhantu.. dulu member aku ada cerita yang dia pernah tengok hamba allah tu kat area lebuh karak tu.. dia org dari perak ke kl dalm jam 0930 cm tu. semua yg ada dlm kereta tu nampak.emak , ayah(sedang memandu), dia dan adik nya nampak. buruk rupanya,rambut mengerbang dan pakai bju putih comot.terbang kat bahu jln.ikut kereta dia orang. dia org senyap jer dalm kereta sampai kl baru la dia buka cerita..member aku ni ingat dia sorang jer nampak,rupa2nya semua nampak.
betul lebuh karak berhantu.. dulu member aku ada cerita yang dia pernah tengok hamba allah tu kat area lebuh karak tu.. dia org dari perak ke kl dalm jam 0930 cm tu. semua yg ada dlm kereta tu nampak.emak , ayah(sedang memandu), dia dan adik nya nampak. buruk rupanya,rambut mengerbang dan pakai bju putih comot.terbang kat bahu jln.ikut kereta dia orang. dia org senyap jer dalm kereta sampai kl baru la dia buka cerita..member aku ni ingat dia sorang jer nampak,rupa2nya semua nampak.
yup..mmg area tu keras,sblm plus dibina dulu dah keras lebyh raya karak..aku duk pahang aku tau cerita
kalau sekeluarga mati,camner crita ni boleh tersebar.org mati tu hidup semula pastu bgtau kat org ker camner kjadian tu berlaku?
jalan memang la keras. tp aku caye lebuh raya 2 memang berhantu
btol lebuhraya karak berhantu…dulu member aq ade citer yg die pernah tengok ade motorsikal dier bawa laju tpi yg aq pelik dier x potong jalan….member aq mcm x sedap ati dier to pecut…..tiba2 motorsikal2 ade dkt depan dier……..member aq nmpk topi keledar tapi x nmpk badan dier…….
bet0l kar ne??huhu..
menipu…. org yang dh mati mne bleh citer..
bile ko interbiu antu tu???
len kali ajak r…
x pun ko interbiu roh yg mati tu smue…
Cerita ni sebenarnye asal dari Amerika….ianya urban legend popular kat sana…dan cerita asalnye lain sikit…tapi obviously ianya rekaan
lebuhraya karak tu sebenarnya dulu tanah perkuburan orang asli…ada banyak cerita yg ada, terbaru cerita ni bakal menggegarkan malaysia… saya sendiri yang telah melaluinya, hampir setiap malam dalam beberapa hari ini teringat dan menyaksikan kejadian ini, namun , usah takut wahai sahabat sahabatku semua..asalkan kamu tidak celupar bahasanya .. cuma ingat satu pesanan yang suka saya sampaikan kepada semua daripada…
“Kenapa Lari….Kata Org Beriman”
dulu ade laa membe aku citerrr…die nk gi satu tempat nihh…dia terpaksa ikut LK…than….lepas…tuh…dia ngan membe die beborak laaa….pastuu diaorang sembang pasal kejadian kemalangan VOLKVEGON KUNING kat situ…tiba2….dia nmpak kete kuning waktu lalu kat situ…membe dia punn…tengok laa kete jenis tuhh…last2….skali kawan die sure yg tuhh volkvegen kuning….MEMBE AKU X CAYE….LAST2 membe aku nampak seorang wanita or laki x tau laa….tpi x berkepala dan dia terus kembali ke RAHMATULLAH dalam kejadian 4 tahun lalu……
Korang ni mmg suka ckp besar agaknyer. Byk dh terjadi scr realiti pun korang min2. Satu hari nnti terkena baru tau. Betul kata unknown,mulut jgn nak celupar je. Jgn mulut tu longkang sgt
ohh.maknakya cerita karak yg ada kat pawagam berdasarkan cerita ini kan???
aq x thu semua ini btol k x pie mmg sjak dulu ag keluarga aq ckp karak mmg berhantu tetapi jika ingin pegi k karak mulut memainkan peranan penting kerana sekali anda semua celupar binasalah kamu semua kerana tempat itu telah banyak berlaku peristiwa berdarah percaya atau tidak itu hanyalah kerja tuhan belaka
Mana ada kisah seram kat lebuhraya karak tu??Ni semua tahyul n rekaan semata2.Sy tiap minggu guna jalan ni waktu malam tak pernah pun terserempak ngan hantu.Kemalangan yg berlaku adalah kecuaian pemandu tu sendiri dan telah ditakdirkan.So,guna la lebuhraya karak dengan senang hati n tak perlu risau…
huh!
budak-2 kelas aku dah plan nak lebuhraya karak cuti semesta ni, alasan diorang nak cari pengalaman. =.=’…..aku pn kena ikot skali .
mampus sama korang.
tipu,,, nampak sgt tipu.. udah namany sekeluarga mnggal.. sapa plak la y bercerita kta npak antu.. antu tu p jmpa wartawan metro kot p cerita.. hahahahhaha
eh,atie kau jangan cakap cam tu cuba kau pergi jalan KARAK tu,aq dah cuba jln tu memang menakutkan aq ada dengar ada org menangis.Err,menakutkan betul
eeiiii….seram…ari tu gua dh jmpe masa gua mlalui highway ni msa nk pergi ke kl dgn basikal…..
memang jln karak lame tu berhantu ………aku dh bace ape yang korang cerite kat atas tu….x kn lah orang yang kene tu boleh cite blk kan mesti die lakonkan blk
Apa punca tempat tu berhantu?
maybe yg itu oang gmbar gemburkn citer jer…gbung citer sini sana..nk sdp citer…
tpi mgkin yg kmunculan kreta volkswagen kuning 2 de kbenaran yer…sb rmai oang ckp psl kereta 2..tpi kmlangn2 yg berlaku 2 mgkin jua de faktor len..spt jln…tgk keadaan nyer cm ner…di tmbah ag…dgn attitude pmndu…jln da la merbahaya pndu lak..dlm keadaan mrbahaya..tpi wlaubgaimana pun..per yg berlaku adalh khendak yg esa..
Izin copy.
cter nie btul ke
what do you think , ?