Misteri Orang Minyak Mengganas di Bentong

Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

Mereka ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan mereka mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.Kemudian, lembaga itu mempersendakan mereka sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan mereka cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya.

Related posts:

  1. Misteri suara dari kubur di Kota Bharu
  2. Misteri Hujan Luar Biasa
  3. Misteri Masjid Kampung Kuala Dulang
  4. Misteri Gadis Ghaib Tatkala Senja
  5. Misteri Budak Berambut Panjang

About Dedi Amirul

Blogging about isu semasa , dunia hiburan dan buat duit secara online.