Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte.
Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati terkena tembakan di kepalanya.
Serangan terakhir bermula jam 8 pagi hari ini bertujuan mengambil alih baki lokasi yang masih dipertahankan penyokong kuat Gaddafi sebelum ia berakhir dalam tempoh 90 minit kemudian.Sebelum serangan itu, lima kenderaan yang dipenuhi dengan penyokong Gaddafi kelihatan cuba melarikan diri menerusi laluan lebuh raya.
Gambar dan Video kematian Muammar Gadaffi telah tersebar di Internet.
Bagaimanapun, mereka terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang revolusi negara itu, sebelum operasi mencari baki pejuang Gaddafi yang masih bersembunyi diteruskan.
Pegawai kanan tentera NTC juga berkata menteri pertahanan Gaddafi, Abu Bakar Younus Jabr terbunuh sewaktu penangkapan bekas pemimpin Libya itu.
Sebelum ini, AP melaporkan pejuang Libya dilaporkan mengambil alih kubu terakhir yang dipertahankan pengikut setia Gaddafi di ibu kota Sirte.
Ini menjadikan semua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan mereka.
Lagi Gambar Kematian Muammar Gadaffi telah tersebar di Internet.
Related posts:





Home
4 Comments
Pingback: Libya Meraikan Kematian dan Kejatuhan 42 Tahun Pemerintahan Muammar Gadaffi | { Aku , Blog & Kamu }
Pingback: Tujuh Keanehan Utama Mengenai Muammar Gadaffi | { Aku , Blog & Kamu }
Pingback: Wasiat Muammar Gadaffi Sebelum Menemui Ajal | { Aku , Blog & Kamu }
Pingback: nurmaniamnsz