Assalamualaikum WBT.
Sahabat-sahabat sekalian, dalam kehidupan ini kita seringkali mengalami masalah dan ancaman, yang paling terkini adalah masalah kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga barang keperluan. Semua ini adalah masalah yang berlaku akibat dari dalam bumi itu sendiri. Sekarang, saya ini berkongsi informasi bersama sahabat-sahabat mengenai ancaman yang datang dari luar bumi yang perlu kita semua tahu dan seterusnya dapat menghayati kekuasaan Allah yang Maha Hebat.
Allah SWT telah menciptakan banyak bintang di alam semesta dalam kuantiti yang tidak terbilang selagi dikehendakiNya. Dari pandangan sains astronomi, gugusan bintang ini diberi nama galaksi nama ‘galaksi’. Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlah sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah galaksi di mana bumi kita berada di dalamnya yang diberi nama ‘bima sakti’.Dengan kuasa ALLAH diciptakanNya pula objek langit dan planet berputar mengelilingi matahari mengikut orbit yang tersusun. Kumpulan planet yang bergerak mengelilingi matahari, diberi nama pula Sistem Suria (Solar System). Begitu pula dengan galaksi lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaksi secara tersusun ini kemudian disitilahkan sebagai ‘orbit’.
Pakar-pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yang berputar secara berbalik arah, jika di planet bumi kita ini matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang di dalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat. Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet-planet yang telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang di beri nama Planet Nibiru (ada yang panggil Planet X).
Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi. Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053? Ada laman web yang menyatakan pertembungan ini berlaku pada 2012. Dari segi sains, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat adalah dinamik dan boleh berubah ubah. Atau adakah ini adalah kiamat yang disebut dalam Al-Quran? ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.
Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.
Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.
Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.
Adakah keadaan ini membawa kepada kejadian kiamat? Allah SWT telah berfirman banyak kali dalam Al Quran yang menjelaskan betapa dahsyatnya kiamat. Seperti di dala Surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 6 yang bermaksud:
“Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan,”
Jika benar pertembungan ini yang memulakan kiamat, maka itu ALLAH SWT jualah yang menghendakinya.
Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia?
Related posts:




Jika betul fakta2 mengenai planet nibiru ini, tolong nyatakan bukti2 kukuh agar kesahihan teori dapat dikaji…..
Baguslah artikel ni serta mempunyai dakwah Islam sekali…
Banyakkan artikel seperti ini
sadara annynomous sila tunggu dan lihat je..bagi saya atikel tersebut bagus sekali utk renungan kita bersame.
iyup anynomous, sekurang2nya ia tdak lari dari yg diperturunkan melalui al quran, mengenai kiamat. kita sebagai umat islam tak perlulah percaya seadanya dengan mende ni, tapi beriman kepada hari kiamat tu wajib. Mende ni boleh dijadikan sebagai peringatan.
hanya Allah jua yg mengetahui segala di langit dan di bumi
mas, sebenarnya ini berita bener gk sih?. karena ad yang bilang bener, ada yang bilang gak.tlg penjelasany ya? makasih
Hari Kiamat itu memng sdh janji Allah.. tp utk kebaikan bersama sya ingin mengetahui lebih mendalam mengenai planet Nibiru dan fakta yang telah terbukti kesahihannya dari segi astronomi.
bgus teman,truskan lg usahamu itu,Allah sentiasa bersamamu,Insyaallah.
Setiap permulaan pasti akan berakhir.begitu jga bumi kita ni.akan balik pada penciptaNya.
teringat tahun 2003 dulu buat assignment psl planet nibiru ni.
dikatakan jugak org babylon dh lama tau psl nibiru, pernah dilukis oleh diorg. kata diorg, sistem suria kita mempunyai 10 planet.
nibiru sbnrya berwarna merah.
Ya Allah, Tuhan sekalian alam.
saya pernah dengar juga penemuan planet terbaru ni dalam beberapa tahun leps, cuma tak takes note ja. teringat juga kata saintis melayu Islam kita dalam salah satu siaran di tv masa itu, katanya berkenaan planet nibiru ini. saintis kita ni respon pendapat daripada saintis barat bahawa nibiru akan melanggar bumi pada 21/12/2012. saintis kita ni pun cakaplah, kiamat akan berlaku pada hari jumaat, kalau tuan-tuan sangka dakwaan saintis barat ni betul, cubalah tuan2 semak dalam kalendar pasal tarikh 21/12/2012 tu. so, saya yg terdengar ni, terus buka hndphone, masukkan tarikh,….yg saya dapat, Ya Allah, memang hari JUMAAT!!
ntahlah…
betul kah ini akan terjadi? ia terlalu membuatku risau akan dunia ini
btul? i dont think so,no ones knows……..
bull shit…karut…jangan terlalu mudah terpengaruh
kalau memang benar planet nibiru itu ada, kenapa NASA tidak memberi tahu kepada masyarakat dunia?, kenapa juga kok belum di masukkan kedalam pelajaran sekolah tentang banyakna plenet?
mmg nasa x bagitau kata semua sbb US sedang melalaikan kita kepada ALLAH..adakah kamu sedar saddiq, marilah sama-sama menghayati kebesaranNya
Marilah kita muhasabah diri kita.
lebih dari setahu telah saya mengkaji nabiru……dan bahan-bahan yang diperolehi adalah lengkap dan ternyata ini adalah satu fenomena yang akan terjadi pada tahun 2012, dimana nabiru akan melintasi atmosfera bumi dan mungkin kejadian tsunami yang amat besar akan berlaku ataupun kemarau.
2012..??
Bila nabi isa a.s nak trun..??
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.. & selamat pagi.. wahai saudara-saudari sekalian.. jgn la percaya dengan tarikh itu.. kamu tidak ingat ke apa yg ustaz-ustazah kamu ajarkan? bahawa Hari Kiamat bukan semua manusia d dunia ini akan mengetahui.. tiada satu pun manusia d dunia ini bahkan Nabi Muhammad s.a.w pon tidak dpt mengetahui tarikh berlakunya Hari Kiamat. yang mengetahui akan berlakunya Hari Kiamat ialah Allah S.W.T… Hanya Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa ke atas berlakunya Hari Kiamat… Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!!
sape yg kata tu karut..
terpulang la..
tapi tlg fahami dgn jelas maksud tersiratnya..
tak perlu kita nak sibuk2 tahu pasal planet yg bakal bertembung dgn bumi ni..
lagipun mende tu tak kita ketahui bila akan terjadinya..
samada betul atau tak jadik thn 2012 nanti..
buat apa nak risaukan bende yg bakal jadi thn 2012 tu sedangkan nyawa kita ni yg bila2 aje boleh pulang ke rahmatullah?
ada fikir tu tak?
ingat lah kematian kita tu kita lagi la tak tau bila dtgnya..
ntah2 tak sampai 2012 pun kita dah gol..
oleh itu,jgn la terlalu degil..
percayalah qadak dan qadar itu lebih baik..
tak perlulah planet nibiru ni kita nak jadikan permulaan kita utk insaf…
ianya hanya sbg tambahan utk meningkatkan lagi keinsafan kita…
wallahualam..
internet gembar gembur je lebih..kadang2 kejadian isu semasa dorang olah n gabungkan jadi cerita tuk takut2kan orang,contohnye tentng tsunami,banjir,gempar bumi,ais kutub cair,birdflu n mcm2 la,berdasarkan citer2 ni dorang olah n buat teori..kita tengok sebelum2 ni,dulu dorang hebah tahun 2000 hari akan kiamat,tapi ari ni kita boleh lagi bersujud kat allah..tp citer mcm ni berguna jugak coz dapt mengingatkan kita pada allah n hari kiamat..quran dah cukup complete allah turunkan untuk kita..terpulang kat korang k nak nilai citer mcm ni
Untuk kefahaman semua, Planet Nibiru tidak melanggar bumi.
Ia hanya rapat dengan bumi dan itu akan menyebabkan kestabilan graviti bumi terganggu.
Bila graviti terganggu, air laut dan pergerakan dalaman bumi juga berubah.
ble k x cya benda2 camni haa…sbb slalunya bnda2 yg jd 2 ad kaitan gak ngan sains kan..adoi..pning2..
Kita seharusnya lebih percaya kepada Allah daripada mitos belaka yang belum tentu benar
turniadi memangla nasa x nak bagi tahu 1 dunia sebab orang kristian dah buat persiapan untuk menghadapi nubiru. klau bagi tahu 1 dunia bocorlah nubiru ini kat Orang islam. jadi marilah kita sama2 sebarkan berita ini supaya merka cepat2 bertaubat
Hmm..Ikut sains memang logik. Tambahan kt ni x der teknologi untuk bergantung selain NASA..
PErsoalan pertama sy, bleh kah kt percaya ni sdangkan Amerika dulu telah menipu sluruh dunia mengatakan yg mereka telah mendarat d bulan walhal tidak..??Itu pun sy masin confius lagi…
Persoalan kedua.. Negara Kt or negara Islam bukan kah ada bahagian tentang ilmu falak berlandaskan ISLAM??? Jadi knapa mereka tidak beritahu tentang perkara ni?? Jika betul pun ia tanda kekuasaan ALLAH, knapa tidak d ceritakan..?? Mereka juga tahu tanggungjawab untuk menyampaikn jika ada berita ni??
Silap siapa…
Sedangkan tgk dlm sumber2 yg ada..
Ada yg mengiyakan kitab Bibe rite? walahal diorang x nk crita yg Al-Quran dah lama atakan kiamat akan berlaku.. Kt2 ni je lah yg crite kaitkan dgn Al_quran.. Yg baca pun ssama kt, walahal sluruh dunia bnyk melihat sumber dan penerangan mereka crite.. Jd adakah mereka nk mnunjukka bhawa kitab Bible tu adalah yg btul..Huhuu..
Persoalan last, tarikh kiamat?? Kt x leh jd ahli nujum malah x leh memepercayainya.. Ckuplah skadar tahu pd Jumaat dan tanda2 nya yg telah Allah brthu dlm AL-Quran..
sapa yang nak ditaubatkan sebenarnya?kristian?knapa plak nak taubatkan mreka?tgk diri sdiri dulu,bru p toleh kat org lain.kita ni sama2 hamba Allah.Allah memberi berkat yg sama kepada semua,yahudi,islam dan kristian.pnah ka kau tgk fenomena di mana hanya org islam je kna ujan,tp org kristian kekontangan?jd,sebagai manusia yang memegang status yg sama,yg sama dicipta Allah,jgn la dok memandai nak buat dskriminasi.Allah tak pernah membedakan manusia mengikut agama.
Pasal NIBIRU pulak,jgn la kita kecoh sgt,kita serahkan pada Allah saja.Trima kasih utk artikel yg sangat menarik tu dan menimbulkan keinsafan.Artikel ni bagi saya mengajak kita utk bersatu padu,hentikan peperangan dan hargai Bumi kita.Kita sebagai kalifah d muka bumi ni,harusnya mempunyai naluri utk bersaudara antara satu sama lain.Jika memang benar malapetaka akan berlaku pada 2012,biarkanlah berlaku.Itu kehendak Allah.Kita tidak dapat menghalang kehendak Allah………………………..
wahai saudara-saudara islam ku.. bergurulah dan mencari kamu ilmu itu pada org yg mengetahuinya.. jgn berguru pd yg tidak berilmu..dan jgnlah berguru sekerat jalan.. dan gabungkan keseluruhan ilmu itu kpd satu (ALLAH azwajallah) melalui AL-QURAN Nul-Qarim kerana disitu allah telah bentangkan segalanya. Dari wujudnya alam semesta, malaikat, jin,iblis, manusia serta makhluknya segalanya terkandung didalamnya. Begitu juga dgn wujud dan hancurnya (Qiamat) telah tersurat dan tersirat atas kehendaknya (ALLAH). Tiada sesiapa pun yg akan mengetahui bilakah Qiamat akan berlaku..hanya ALLAH saja yg maha mengetahui.
susah r nak cakap bnyk… kite masih terlalu mentah untuk ilmu sains angkasa ni. walaupun barat begitu laju menjangkau kite, tapi kite masih ade petunjuk yang dari Allah, iaitu al-quran… kalaupun ianya benar-benar terjadi, tiada ape perlu dikhuatiri. Bersiaplah dari segi rohani kerana itu yang paling penting. terlalu banyak komplot di luar sana yg cube menjatuhkan islam, kite boleh bersedia dengan mengisi jiwa kite dahulu..mungkin ia sekadar teori yg ditokok tambah. Allahhuakbar!!! Allah yg maha mengetahui.nibiru mgkin petunjuk, tapi kesahihannya blum tahu. Ianya boleh dijadikan iktibar di hari ini…
Alhamdulillah dgn kesedaran ini mudah2an dpt menginsafkan kita yg slama ini lalai dgn arah tujuan kita di dunia ini sebenarnye.Ramai org tahu tp tidak punya daya atau kesedaran membantu nasib diri di akhirat nanti kerana godaan dunia zaman ini terlalu dasyat,walau beribu2 nasihat diberi kalau hati kita sudah diselaput noda kotoran,nasihat hanya singgah di hati untuk waktu yg sekejab sahaja.Ada Uztat ni bg saya nasihat dan Alhamdulillah sampai skrg saya amalkan dpt membantu saya mengurangkan godaan dunia ini,sebenarnye kita kena jaga seluruh anggota kita dr benda2 yg haram yg boleh menggelapkan hati,untuk membersihkan hati yg sudah gelap bukan mudah kerana sukar untuk bertaubat,tp jika kita setiap hari bertaubat,lama kelamaan hati kita makin bersih hari demi hari,makan kena jaga agar bersih dr yg haram,kawal mata dr melihat benda yg menaikkan syahwat,kawal mulut dr berkata yg sia2 lama kelamaan anggota dan hati kita dilatih untuk berbuat kebaikan dan kita makin dekat pdNya.Alhamdulillah dpt juga saya meninggalkan byk benda yg sia2 selama ini yg dulu terasa berat untuk sy tinggalkan.Harap pengalaman ini dpt memberi sumbangan pd pembaca sekalian
Wallah hu alam…. hanya ALLAh saja yang tahu bagaimana dan bila kiamat sebagai manusia, kita hanya berserah dan bersedia… ketika kiamat berlaku langit akan bergegar dan menandakan akan runtuh dan gunung terangkat dan terbang dari cengkamannya.. ketika itu azab ALLAH tidak boleh ditolak kecuali orang yang bertakwa
Berkenaan dengan planet nibiru ini, kita mesti ambil langkah berjaga-jaga. Mana tahu jika betul terjadi, paling kurang kita sudah bersedia untuk menghadapinya. Jangan terlalu ambil mudah. Jangan juga hanya bertawakkal sahaja. Allah suruh kita berusaha dulu, lepas itu baru tawakkal. Jangan nanti perkara itu sudah terjadi, baru sibuk hendak ambil tindakan. Apa-apa pun hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
syabas kepada penulis artikel ini!
jarang2 saya lihat artikel ini dalam bahasa melayu. kebanyakan komen pula ada yang membina,ada yang down and ada juga yg nak play safe..it’s o.k.. apepun di sini saya nak bagitaw, planet nibiru sama ada ia benar atau tidak ianya merupakan satu petunjuk bagi orang yang beriman sepertimana yang ada dalam surah al-mulk ayat ke 5 yang menerangkan bahawa bintang-bintang di langit ni selaku petunjuk supaya kita tidak sesat. alhamdullilah kita dah temui petunjuk jadi banyaklah beramal. namun ini jauh sekali dengan sangkaan bahawa ianya membawa kepada hari kiamat,pandangan ini hanya dibawa oleh orang barat dan berupa doktrin freemason. berbalik kepada al-quran, Allah mengatakan juga dalam surah al-mulk bila orang kafir bertanya “bilakah hari yang dijanjikan itu(hari kiamat) jika kamu orang yang benar” maka katakanlah “pengetahuan tentang itu hanya di sisi Allah…” ada juga ayat yang menerangkan bahawa kiamat itu akan berlaku secara tiba-tiba. Jadi anggaplah peristiwa planet nibiru ini sebagai petunjuk dan menerangkan bahawa betapa bodoh dan lalainya umat islam hari ini sehinggakan perkara sebegini diketahui oleh pihak barat terlebih dahulu sedangkan al-quran lebih dulu menyatakan. jadi sama-sama kita perbanyakkan ilmu supaya menjadi petunjuk untuk masa yang dinanti.
assalamualaikum dan salam sejahtera berkenaan dengan planet x ni,kite mesti insaf atas semua yang akan terjadi sbg cth plnt x ni kite x perlu percaya seratus peratus pada tarikhnya tapi kita tahu yang kiamat itu akan berlaku tidak lama lagi mungkin ini mungkin satu asbab untuk terjadinya kiamat.INGAT SEMASA NABI DI BAWA SEMASA ISRA & MIKRAJ UMUR BUMI DI IBARATKAN UMPAMA OGR TUA YANG MEMEGANG TONGKAT,INSAFLAH INGAT IMAN MANUSIA AKHIR ZAMAN TIDAK SETANDING DENGAN SEORANG KALIFAH PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W…INSAFI DIRI INGAT MATI SYURGA MENANTI..
assalamualaikum……. saya bukan seorng yang berilmu tinggi, sekadar memberi pendapat….
walau apa2 pun Nabi Muhammad telah mewasiatkan kita Al-Quran dan Hadis yang sememangnya lengkap…..
segala yang terjadi kte refer balek kpd 2 wasiat suci ini…..
ape2 yg t’jadi itu semua kehendak Allah. kepandaian barat adalah kehendak Allah. ini adalah kemewahan dunia yg diorang capai. Segala spekulasi yang dibuat mereka juga kehendak Allah samada betul atau sebaliknya. mungkin ini adalah satu petunjuk dasyat drpd Allah supaya mereka b’taubat. sesungguhnya kita hanya mampu berserah, dan tingkatkan lagi keimanan trhadapNYA. sesungguhnya kita wajib mempercayai hari kiamat. tetapi RAMALAN terhadap masa depan adalah suatu yang HARAM.
jadi fikirlah sendiri…
alhamdulillah………
ada pengajaran disebalik nukilan.syabas…..kita bukan mahu menilik dan meramal masa depan. semuanya sekadar panduan untuk apa yang akan berlaku di masa depan agar kita bersedia menghadapinya. kita digalakkan berlajar ilmu walau setinggi manapun, dan dengan mengkaji apa yang ada adalah kurnia Allah. tentang hari kiamat hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. kita hanya mampu belajar dan mengkaji………
wasallam…………
semua jawapan ada pada diri sendiri..tepuk dada tanya selera…
Planet Nibiru memang wujud pun..kat perpustakaan kat skolah saye ade gamabr besar yang tertulis name2 planet..antarenye:
Nibiru
Luna
Bumi
Marikh
Mercury
Jupiter
Saturn
Pluto
Neptune
Venus
tp kdg2 tk caye..sebab dlm Al-Quran pon dh kate..ade 9 planet je..
tp nk wat camne..Allah kate jadi,maka ia pun jadilah..
Wasalam.
Sebagai umat Islam kita wajib percaya tentang hari kiamat. Tarikh 21.12.2012 terlalu dekat untuk kesudahan segalanya. Masih lagi ramai umat Islam yang prihatin tentang peristiwa hari qiamat. Kita juga sedang menanti kebangkitan Islam. Imam Mahdi, Dajjal,Yakjuj wa Makjuj dan Nabi Isa sedang dinanti oleh pemerhati yang prihatin. Seandainya qiamat akan berlaku dalam masa 3 tahun lagi, alangkah beruntungnya kita kerana telah tahu tarikh dan waktunya. Dalam teori Planet X pada 21.12.2012 adalah tarikh kutub utara bertukar ke kutub selatan dan menyebabkan matahari akan terbit dari barat. Adakah matahari akan terbit dari barat sebelum kedatangan Imam Mahadi, Dajjal, YakjujMakjuj, dan Nabi Isa? Munkinkah mereka ini akan turun ke bumi dalam masa 3 tahun dari sekarang? bukankah matahari akan terbit dari barat adalah peristiwa paling akhir sekali dalam kronologi qiamat? Wa Allahu A’lam.
terima kasih kepada penulis.. sememangnya manusia adalah sebaik-baik makhluk Allah yang diciptakan..bagi para muslim,bknkan Allah pernah bersabda bahawa orang yang menuntut ilmu akan dpermudahkan baginya jalan ke syrga.. jadi,pada pandangan saya tugas NASA adalah mulia..Bygkan jika mereka tidak mengkaji tentang ilmu2 ini,semestinya manusia akan tetap leka seolah-olah dunia ini akan kekal selamanya..faktor bila ia berlaku tidak semestinya tepat namun percayalah ia pasti akan berlaku..tanda2 kecil kiamat sudah pun ada bukan kah begitu?
Sekarang ada saya terdengar kata hari kiamat jatuh pada 12-12-2012.
Adakah itu benar atau hanya sekadar taksiran sahaja..
wallahualam…kiamat ni mane kite ley tau blew…kalo x sure2 sumer owg kt bumi ni dah bertobat dah before 12-12-2012…huhu…itu sumer bende x betol…jgnlah kite pecaye…kite sbgi umat islam truskanlah beramal…jgn nk tggu 12-12-2012 bru nk igt kt allah…kalo nk kiamat…blew2 pown ley…jumaat ni ew..jumaat depan kew…blew2 lah…asalkan hari jumaat..b’coz..mmg sdh tctt dlm al-quran…kiamat akn blaku hari jumaat…jumaat adalah penghulu bg segala hari…
Hanya Tuhan saja yang tahu..!
Silap tu!..bukan “Tuhan”..
Allah Yang Maha berkuasa lg Bijaksana yg mengetahui apa yang terjadi di langit dan di bumi..kita ni hamba yg menumpang seketika cuma.
Ermm.. makin lama dah makin hot cerita ni dalam internet. Berkenaan planet nibiru ni ada banyak jugak la konspirasi yang aku dah baca, contohnya kedudukan nibiru ni kat angkasa, nibiru ni ada dalam orion constellation dan yg menariknya google sky black out/cut image dekat kedudukan planet tu…ini menambahkan lagi la keraguan pasal planet nibiru ni.
Berkenaan tahun 2012, aku tak tahu nak kata apa, tapi kesan nibiru atas bumi memang dasyat la. Ini antara beberapa info yg aku dah baca…Gravity planet nibiru ni akan ganggu gravity bumi dan akan menyebabkan putaran paksi bumi terhenti selama beberapa hari dan lepas tu kedudukan kutub bumi akan berubah dan bumi akan terbalik.
Mungkin ada yg anggap ni macam petanda kiamat, tp aku rasa peristiwa ni permulaan era imam mahdi.
Kita tidak tahu bila kiamat akan berlaku tapi Allah dah berikan petunjuk tanda-tanda hari kiamat kecil dan besar supaya kita sedar.
A
dalam quran kata ade 11 planet la bknnye 9
subhanallah! sungguh besar ciptaan Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh mana2 makhluk di muka bumi ini.Semoga dengan artikel ini,kita semua dapat menyedari betapa besarnya kuasa ALLAH S.W.T..
WASSALAM…
ceklah site saya…
Salaamua’laikum..
Cubalah tgk apa KEBAIKAN dan KEBURUKAN yg ada tentang pengetahuan ini(artikel tersebut).ramai yang tidak peka tentang ILMU MANTIK.
JANGANLAH kita hitung² dan meng-agak²,5 PERKARA YG ALLAH RAHSIAKAN ; 1.KIAMAT 2.HARI ESOK 3.APA YG DI DALAM RAHIM 4.HUJAN 5.MATI
asslkum. . . .jangan tunggu nak kiamat baru nak berubah,ingat malaikat maut sentiasa mengintai untk mengambil nyawa kita,dan ALLAH S.W.T sentiasa melihat hambanya..kita tidak tahu bila ajal kita,ntah2 x sampai 2012,jadi berubah la skarang sementara kamu masih diberi masa..x payah nak tunggu kiamat. . .
ingatlah,,kemusnahan dan kehancuran itu bukannya datang dari planet nibiru tapi takutlah pada ALLAH S.W.T kerana semuanya adalah daripada ketentuannya dan tanda kebesaran,keagungan dan kekuasaannya pada hambanya..jadi sama2lah kita bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. . .
jangan pandang terlalu jauh hingga kita x nampak perkara yg terjadi di sekeliling kita,maksiat berleluasa,anak derhaka,banyak bencana alam terjadi,perempuan jadi laki,laki nak jadi perempuan,x cukup ke tanda2 kiamat nie?kuman d seberang lautan boleh nampak,gajah di depan mata x nampak,jangan dah terhantuk baru nak tergadah umpama jatuh ditimpa tangga,jangan sampai yg dikejar(iman) x dapat..yang dikendong(iman) berciciran..apa lagi yg korang nak tunggu??x kan nak tunggu kiamat d depan mata baru nak sedar.
Penemuan fakta yg agak mengejutkan dari sumber2 yg boleh dikatakan sahih (maaf..dirahsiakan laman web nya utk elakkan berlaku sebarang kontroversi)….
tanggal 21.12.2012…+- jam 10.01 GMT…detik jarum jam akan terhenti kira2 selama 17 minit disebabkan planet yang dikatakan planet nibiru itu menghampiri bumi dengan jarak kira2 1200 batu dari permukaan bumi…pergerakannya akan terhenti seketika selama lebih kurang 17 jam dimana kedudukannya berada tepat di atas kedudukan washington D.C….ia terhenti kerana bulan berkedudukan di tengah2 antara bumi dan planet itu dan di belakang planet itu adalah matahari dan dibelakangnya pula adalah pusat galaksi bima sakti..yang mana kesan dari fenomena ini..kekuatan gravity planet itu di tarik oleh kekuatan gravity matahari dan dibantu oleh pusat galaksi yg berada dibelakang matahari yg mana pergerakan planet itu terhenti seketika (17 jam)…washington d.c pula akan mengalami zero counter gravity disebabkan fenomena itu…yg mana akan mengalami keadaan cuaca yg agk ekstrim..elektrik baik dari ape punca sekalipun secara automatik tidak dpt berfungsi kerana gangguan kekuatan medan elektromagnetik punca dari fenomena itu….keadaan ini dpt dirasa hingga ke benua india sejenjang ke tgh lautan pasifik hampir dgn australia..menganjur ke kutub utara dan selatan….benua asia tenggara pula dijangka akan mengalami cuaca mendung selama 3 hari..mgkn disertai dgn hujan (cuma…tanpa ribut petir!!)….kerana pengaruh fenomena itu akan menghantar seluruh cas-cas elektrik ke bumi washington d.c……penduduk di benua amerika agak huru-hara…dijangkakan benua amerika tidak selamat utk didiami sepanjang fenomena itu berlaku…kemungkinan akan berlaku migrasi penduduk besar2 an ke tempat2 yg selamat seperti ke benua asia…..
p/s – hamba rasa ini mgkn azab dari Allah S.W.T ke atas orang2 yg membuat kerosakan di muka bumi..
sama2 la kita bersyukur dan berdoa supaya kita terselamat dari bencana itu…Amin Ya Rabbal Alamin
buat ape la nak ikut kelendar orang putih?
Hati hati dengan berita miring mngenai kiamat 2012, krn siapa yg pecaya mengenai hal itu akan murad..
Sebanarnya pada tahun 2012 akan terjadi dua keJadian yang merupakan siklus alam semesta..
Yang pertama adalah planet nimbiu yang orbitnya pada ahun 2012 melintasi rbit bumi..
Kejadian itu sudah pernah terjadi sebelumnya..
Jadi Wallahullam bissawab. Akan tejadi kiamat pada waktu itu..
Yang kedua adalah mengenai badai maahari yang diperkirakan siklusnya akan twrjadi lagi pada tahun 2012..
Kejadian ini sudah pernah terjadi sebelumnya, yaitu pada tahun 1960an yang mengakibatkan ketidak seimbangan kuub magnet bumi bagian utara dan selatan yang di sebabkan oleh gelombang radiasi titik hitam pada matahari..
Dan kejadian itu mengakibatkan banyak. Alat yang memakai gelombang elektromagnetit rusak berat..
Jadi tidak ada hal yang membuktikan bahwa kiamat akan tejadi pada tahun 2012..
Wallahu*lam bissawab..
Tunggu aja
salam….
saya bukan lah ahli ilmuah yang tinggi ilmu dunianya… tapi kita didunia ini percaya bahawa akan berlaku kiamat, penamat segala kehidupan di dunia ini.Haya ALLAH yang tahu bila waktunya…YA ALLAH… letakkan lah aku dilandasan MU..
klw aq sich lbh pcy ma Tuhan..
smoga tu brta g bnerr
kan kasihan ma msyrkat yg pda risau
klw aq sich lbh pcy ma Tuhan..
smoga tu brta g bnerr
kan kasihan ma msyrkat yg pda risau
hanya ALLAH yg mengetahui segala yg ada di langit dan di bumi..sesungguhnya ALLAH Maha BESAR DAN BERKUASA..
Kiamat itu pasti berlaku, yakinlah bahawa dosa pahala,syurga neraka itu adalah benar.Tingkatkan lah ketakwaan dan keimanan kita kepada ALLAH SWT, Semoga kita bersama sama dng orang orang yang mensyukuri nikmatnya.
Bila Kiamat itu berlaku adalah hak Mutlak Allah dan hanya Dia yang tahu..Elakkan diri anda dari memberi atau mengeluarkan atau mengiyakan sesuatu tarikh kerana ia merosakkan akidah..Semoga Allah Melindungi Umat Islam dari Muslihat Musuh Islam..
nape x dicerita kan tentang nabi isa turun ke bumi?
pecaya atau tidak fikir2kan lah..cuba semak2 surat khabar kejadian dari bula jan hinga feb nie gempa bumi berlaku hampir setiap hari ..mcm2 bencana alam berlaku ..kalau tk salah saya gerhana bulan tahun nie jatuh pada hari jumaat dan juga gerhana matahari pun sama hari jumaat..baru2 nie byk kes buang bahi..si ibu yg tidak ada perasaan kasih sayang .byk sgt pertanda kita nie dah di akhir2 zaman sains dan islam telah memberi kita pertunjuk . juga kiamat memang pasti akan berlaku..kita sebagai umat islam kena bersedia perbanyakan amalan bila akan berlaku hanya allah yg tahu..
sebenarnya 2012 tu adalah ramalan kaum mayan.mungkin nak nakut nakut kan masyarakat dunia.
kte jgn t’lalu menolak tntng kenyataan..ALLAH juga ad menyuruh kita supaya mengkaji sgla yg ad d’bumi b’dsarkn AL-QURAN..n ilmu yg d’peroleh oleh org barat adlh klebihn yg d’beri kpd mrk..sprti bgsa yahudi yg d’beri klebihn oleh ALLAH sperti kecerdikan n kecantikan..pd pendpt sy,kajian yg d’lakukan oleh saintis brat ad benr nya..mrk bkn mengeluarkn teori scra suka2..mrk mengkaji t’lbih dhlu..sprti kejadian BIG BANG utk m’bentuk alam smesta ini..adkh anda smua juga tdk percya???
haiz semuanya karut agama semuanya same tiada bezanya
semua agama berasal dari allah tp ade yng mengubahnya
tak sabar nak tonton ari kiamat sya da bosan dengar perang agama nie
sbnarnya sya nie bru masuk islam…