Misteri Orang Minyak Mengganas di Bentong

Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

Mereka ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan mereka mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.Kemudian, lembaga itu mempersendakan mereka sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan mereka cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya.

Gambar Perdana Menteri dan Isteri Menunaikan Haji di Mekah

Hampir 20 lebih pengawal Arab Saudi mengawal dan mengiringi kedatangan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib , Datin Rosmah dan beberapa orang kerabat semasa di Tanah Suci.

Gambar Fida Bertudung di Jom Heboh Kelantan

 

Sebelum ini peminat drama Kasih Aliya terkejut beruk dengan penampilan dan transformasi bertudung pelakon utamanya , Fida  yang semakin seksi dan berani pakai tudung acuh tak acuh.

TRANSFORMASI TUDUNG FIDA KASIH ALIA

Semasa menghadiri program Jom Heboh di Kelantan pula , fida sekali lagi pakai tudung nampak leher. Nampaknya , dia semakin sudah tidak kisah nak pakai tudung dengan betul.Kalau tengok artis-artis yang tidak bertudung , nampaknya Fida lagi hebat.

Adakah Fida tidak mahu nampak Fake berbanding artis lain yang pakai tudung sebab pilihan lokasi Jom Heboh tahun ini adalah di negeri pimpinan PAS!

Timbul pula persoalan , adakah imej bertudung di dalam drama hanyalah lakonan semata-mata atau Fida sudah bosan ‘berlakon’ dengan imej baik dan bertudung.

Gambar Kejadian Bunuh Diri Di Klang

gambar kejadian gantung diri berhampiran the store , klang

 

Kejadian gantung diri ini berlaku pada 1 November 2011 sekitar jam 12 hingga 2 pagi di sebuah jejantas berhampiran The Store , Klang.

Status mangsa tidak dapat dipastikan.

Dalam masa yang masa dari tempat kejadian , berlaku kemalangan teruk yang melibatkan sebuah kereta 4×4.Pemandu mati di tempat kejadian.

Sesiapa yang ada maklumat lanjut mengenai kejadian ini , silalah update ya !

Sumber diperolehi dari Portal Carigold

Edisi Berdarah Hidung Kim Kardashian Halloween Costume 2011

 

Ini entry edisi berdarah hidung !

Kim Kardashian telah muncul sebagai pemenang untuk kostum Halloween terbaik selebriti.Pengantin baru berusia 30 tahun itu kelihatan hebat dengan kostum Poison Ivy (musuh Batman) ketika menghadiri parti Midori Green di New York..

Bintang realiti itu kelihatan menggoda ketika menggayakan pakaian wanita yang cuba memikat Batman.Pakaian itu jelas menyerlahkan susuk tubuhnya yang menawan.

Rambut palsu merah yang dipadankan juga bersesuaian dengan kulitnya yang keperangan.

Malah, Kim tampil hebat sebagai Poison Ivy dan dia berjaya menarik perhatian teman Batman, Robin untuk menemaninya ke parti itu.

 

 

 

 

KLIK UNTUK BACA BERITA SETERUSNYA »