Aku dan Gambar Menarik

Edisi Berdarah Hidung Kim Kardashian Halloween Costume 2011

 

Ini entry edisi berdarah hidung !

Kim Kardashian telah muncul sebagai pemenang untuk kostum Halloween terbaik selebriti.Pengantin baru berusia 30 tahun itu kelihatan hebat dengan kostum Poison Ivy (musuh Batman) ketika menghadiri parti Midori Green di New York..

Bintang realiti itu kelihatan menggoda ketika menggayakan pakaian wanita yang cuba memikat Batman.Pakaian itu jelas menyerlahkan susuk tubuhnya yang menawan.

Rambut palsu merah yang dipadankan juga bersesuaian dengan kulitnya yang keperangan.

Malah, Kim tampil hebat sebagai Poison Ivy dan dia berjaya menarik perhatian teman Batman, Robin untuk menemaninya ke parti itu.

 

 

 

 

read more »

Aku dan Isu Semasa

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2011 / 1432H

Selepas menyambut Hari Raya Aidil Fitri  pada bulan Ogos yang lalu , kini umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha pada 6 November.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan tarikh Hari Raya Aidil Adha pada minggu lepas.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Semua orang sudah tahu akan sejarah Hari Raya Aidiladha yang merupakan perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Aku dan Isu Semasa

Sharbinee Akui Kesilapan Semasa Final Piala Malaysia

sarbini akui kesilapan

Penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee Ramli secara terbuka mengakui kesilapan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Terengganu menentang Negeri Sembilan kelmarin.Sambil menjelaskan kesilapan tersebut tidak disengajakan, penjaga gol kebangsaan itu turut meminta maaf kepada semua rakan serta penyokong di atas apa yang telah berlaku.

Kesilapan beliau memberi kemenangan kepada Negeri Sembilan.

Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, Sharbinee yang memiliki pengalaman luas beraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas hantaran silang pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada minit ke-81.

Gol penyamaan itu telah mencetuskan kebangkitan para pemain Negeri Sembilan yang akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-86 untuk muncul juara Piala Malaysia edisi 2011.

Menurutnya , perlawanan akhir memang sengit dan apa sahaja boleh berlaku.Beliau juga tahu ramai orang di luar sana yang membenci beliau kerana kesilapan itu. Justeru, beliau ingin meminta maaf kepada semua rakyat Terengganu yang mengharapkan trofi Piala Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai kesilapan itu, Sharbinee yang dianggap penjaga gol No. 2 negara selepas Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan, faktor padang bukanlah punca utama.Sebaliknya dia mendedahkan, tempoh perlawanan yang cukup genting memberi sedikit tekanan kepadanya sehingga gagal beraksi dengan baik.

“Saya mungkin telah membuat keputusan yang silap sehingga menyebabkan jaringan itu dan ia sesuatu yang sukar untuk saya terima.

“Namun, saya akan jadikan kesilapan ini sebagai satu lagi pengalaman untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati pada perlawanan akan datang.

“Saya cuma berharap agar para penyokong Terengganu terus berada di belakang pasukan ini dalam misi memburu kejuaraan pada musim depan,” katanya lagi.

Untuk rekod, kekalahan 1-2 Terengganu kepada Negeri Sembilan kelmarin meneruskan kemarau kejuaraan buat skuad Penyu itu selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia sepuluh tahun lalu.

Satu-satunya kejuaraan yang dimenangi skuad kendalian Irfan Bakti itu adalah dengan muncul juara Piala FA selain menduduki tangga kedua dalam persaingan Liga Super.

 

Aku dan Isu Semasa

Kutip Najis Musang Dapat RM704.83 Sehari

kopi luwak paling mahal di dunia

 

Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.

Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.

Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.

Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).

Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.

Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.

Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri

Aku dan Humor

Lawak Ajoi Baru Belajar Buat Facebook

Mari kita bergelak ketawa dengan jenaka berikut..asyik-asyik baca entri serius je kan , nak jugak hiburkan hati kan. Ini adalah jenaka mengenai seorang kawan yang meminta kawannya menolong dia create akaun facebook…Dalam minta tolong tu , kawan dia boleh jadi bengang pulak.

Nak tahu kenapa ?

Apsal boleh jadi macam tu ?

check it out ~~

read more »