Selepas menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada bulan Ogos yang lalu , kini umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha pada 6 November.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan tarikh Hari Raya Aidil Adha pada minggu lepas.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Semua orang sudah tahu akan sejarah Hari Raya Aidiladha yang merupakan perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Related posts:




camner nak follow neh?
Selamat Hari Raya Korban Bro…