
Stacie menolak rawatan kanser untuk menyelamat anaknya
Ini adalah kisah mengenai keberanian dan ketabahan seorang ibu yang bernama Stacie Crimm.Beliau membuat pengorbanan yang besar dalam hidupnya demi menyelamatkan anak dalam kandungannya.
Stacie Crimm yang berusia 41 tahun mula mengalami sakit kepala yang teruk sejak beberapa bulan selepas dia mendapat tahu dia mengandung. Imbasan CT mendedahkan Stacie mempunyai kanser kepala dan leher. Stacie berhadapan dengan pilihan yang paling sukar dalam hidupnya iaitu menjalani kemoterapi dan kemungkinan kandungannya akan terjejas melalui rawatan invasif tersebut atau menolak rawatan kemoterapi untuk membolehkan beliau melahirkan kandunganya biarpun dia tahu pilihan tersebut akan meragut nyawanya.
Menurut abang stacie iaitu Ray, “Ia tidak mengambil masa yang lama untuk (Stacie) membuat keputusan itu.” Dia membuat keputusan untuk menolak rawatan melalui kimoterapi. Dua bulan selepas itu , Stacie jatuh pengsan di rumahnya dan beliau dikejarkan ke hospital. Tumor telah merebak di bahagian otak Stacie. Stacie tidak mempunyai masa yang lama dan kadar denyutan jantung bayi jatuh mendadak.
Doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan caesarean untuk menyambut kelahiran anak Stacie.Selepas keluar dari wad pembedahan, Stacie tidak sedarkan diri dan tidak mampu untuk menandatangani sijil kelahiran anak perempuannya.Bayi itu diberi nama Dottie dan hak jagaan telah diberikan kepada abang Stacie iaitu Ray. Doktor mengjangkakan Stacie akan koma tetapi pada 8 September , StacieĀ bangun cukup lama sambil memegang anak perempuannya untuk kali yang terakhir.
Tiga hari kemudian, wanita yang tabah dan berani ini telah meninggal dunia dan bayi yang diberi nama Dottie dibawa pulang kerumah pakciknya, Ray untuk tinggal bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Stacie memangku anaknya untuk kali yang terakhir





Related posts:


