Adakah anda sayang nyawa ? Takut terbakar, jangan pula bermain api. Takut mati , jangan pula guna telefon bimbit semasa isi minyak di petronas mana-mana stesen minyak.
Di akhbar hari ini , ada amaran daripada Petronas ekoran kemalangan yang berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.
Terima kasih Petronas!
Walaupun Petronas dah bagi amaran , kita kena ingat sebenarnya tanda amaran melarang kita menggunakan telefon bimbit di stesen minyak tu dah ada.Memang tabiat orang kita yang pandang sepi aje tanda-tanda amaran.
Adakah insiden ini yang pertama di Malaysia ? Tidak , sebelum ini pun dah berlaku.
1 December 2007
Sikap degil seorang pemandu kereta yang tidak menghiraukan peraturan ditetapkan di stesen Gas Asli Kenderaan (NGV) untuk tidak menggunakan telefon bimbit dipercayai menjadi punca tangki NGV kenderaannya meletup sebaik dia selesai mengisi gas.
27 Mac 2009
Seorang pemilik syarikat kuari nyaris maut apabila pam minyak di sebuah stesen minyak di sini terbakar ketika beliau sedang mengisi petrol ke dalam gelen plastik di belakang kenderaan pacuan empat roda miliknya.Kebakaran yang memusnahkan tiga pam minyak di stesen itu menyebabkan Chung Kian Seng, 33, melecur di muka dan lengan kiri.
2 Oktober 2009
Stesen minyak Mobil di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas berdekatan bulatan kampung Pasir Pekan di sini musnah sebahagiannya dalam kebakaran yangberpunca dari sebuah kereta sedang mengisi minyak di pam stesen itu.Tidak dapat dipastikan sama ada enjin kereta itu hidup atau dimatikan.
Banyak lagi insiden yang berlaku cuma ini adalah satu bukti bahawasanya apa-apa boleh berlaku semasa kita mengisi minyak di mana-mana stesen minyak.Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan keadaan selamat sebelum melakukan langkah seterusnya.
Hello and welcome to the preview page of freicurv 2.0 theme by 
