Lima tahun yang lalu , aku selalu mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta.Berangan memang tak sudah ! Mana taknya dulu kalau balik kampung , aku hanya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi.Nak tumpang kawan-kawan memang segan.Pernah terpaksa balik kampung dengan manaiki bas lompat kerana kehabisan tiket.
Kemudian,pada masa yang sama aku diperli jiran sebelah rumah.Katanya , sudah lama aku bertapak di KL takkan masih lagi balik kampung naik bas. Aduh ! Malu rasanya.
Tapi aku buat bodoh saja ! Apa yang orang hendak cakap biarkanlah mereka.Lagipun aku belum mampu lagi.Masa itu gaji masih lagi dalam RM950+.Bagi aku , kalau ada rezeki tidaklah kemana.Aku memang belum mempunyai lesen kereta dan pandu pun belum mahir.Hujung tahun lepas , barulah aku pergi daftar dan belajar kereta.Alhamdulillah , terus lulus dengan sekali ujian sahaja.
Kini, impianku untuk memiliki sebuah kereta tercapai jua.
Hello and welcome to the preview page of freicurv 2.0 theme by 
