Video Ibu Dera Bayi 1 Tahun

 

Perbuatan ibu yang berbangsa Melayu berumur menginjak ke umur sekitar 19 tahun ini melepaskan geram dan amarahnya terhadap anaknya yang masih lagi terlalu kecil untuk mengenal dunia dek kerana tertekan dengan perbuatan suaminya yang curang. Akhirnya, bayi ini yang menjadi mangsa. Sekarang ini bayi ini diletakkan di bawah jagaan orang lain dan masih lagi mengalami trauma.

 

UPDATE : Kes Dera Bayi – Jawapan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Semakan Berita Semasa di Laman Facebook menunjukkan pihak PDRM telah tampil memberikan respon balas terhadap video yang telah dikemukankan oleh orang ramai.

 

STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Alhamdulillah , bayi tersebut telah diselamatkan dari ibunya yang kejam.Aku berharap bayi itu dijaga oleh orang yang selayaknya dan dapat kasih sayang sewajarnya.

Semoga bayi itu tidak trauma sepanjang hidup yang boleh menjejaskan perkembangannya.Semua harap dapat doakan kesejahteraan bayi malang itu.

Sekian , terima kasih.

Related posts:

  1. Akibat Enggan Di Layan Isteri, Bayi 23 Hari Di Liwat
  2. Seorang Ibu Menolak Rawatan Kanser Demi Bayi Yang Di Kandungnya
  3. Keajaiban Tuhan – Bayi Berkepala Dua
  4. Lelaki 52 Tahun Tewaskan Petinju Berumur 30 tahun

About Dedi Amirul

Blogging about isu semasa , dunia hiburan dan buat duit secara online.